PENGAJIAN PONDOK
Pendidikkan tradisional pengajian kitab diperkenalkan sejak awal Darul Bayan ditubuhkan dan mendapat sambutan sehingga kini. Ia ditawarkan kepada pelajar lelaki dan perempuan tanpa mengira batas umur. Tidak ketinggalan golongan warga emas juga turut sama menimba ilmu disini sebagai mewarisi sistem pendidikkan peninggalan ulama' silam. Pengajian siang dan malam, teori dan amali bertujuan membina dan melahirkan pelajar yang berilmu dan beriman serta berketerampilan dan mampu berdikari sebagai persiapan mengharungi masa depan. Dengan keluasan tanah hanya sekadar 1.3 ekar yang padat dengan infrastruktur seperti balai pengajian, pondok, rumah guru, dewan , asrama perempuan dan penempatan warga emas. Sehingga kini beribu pelajar pernah menimba ilmu disini dengan pelbagai lapisan yang datang dari pelusuk negara.

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN
Sehingga kini Maahad Tahfiz Darul Bayan terus melahirkan para huffaz al-Quran yang bakal menjadi individu yang berupaya menerajui kepemimpinan dan memenuhi keperluan umat islam semasa. Pelajar didedahkan kepada subjek persediaan kepada cabang-cabang pendidikkan lanjutan. Setelah tamat pembelajaran disini, pelajar boleh menyambung pengajian yang lebih tinggi di dalam mahupun di luar negara. Keluasan tanah hampir 1 ekar menampung keperluan semasa maahad dan dalam proses pengembangan dari semasa ke semasa.
PRA SEKOLAH DARUL BAYAN
Dikenali sebagai kelas matrik. Pelajar berumur 5-6 tahun diterima belajar disini. Ia wujud dengan hasrat sebagai persiapan awal bagi mengikuti pembelajaran lanjutan di Sek Ren Islam Darul Bayan. Sekarang telah beroperasi di Pekan Paka.
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL BAYAN
Sekolah yang berkonsepkan intergrasi antara pendidikan konvensional dan Pendidikan Islam. Menggabung jalinkan antara Modul Kementerian Pendidikan, Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta Tahfiz al-Quran. Pelajar berpeluang untuk menduduki peperiksaan UPSR, UPSRI, UPKK dan Tahfiz. Menawarkan pendidikan bermula tahun 1 hingga tahun 6. Sekarang ini SRI beroperasi dibangunan sendiri di Kg. Kolam Mat Tagar, Pekan Paka seluas 2 ekar yang mempunyai bangunan induk, bangunan tambahan 2 tingkat, rumah guru, surau dan kantin. Sehingga kini pihak sekolah telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan UPSRI.