Skim Beli Dan Wakaf

Markaz Tarbiyyah Islamiah Darul Bayan merupakan sebuah Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Terengganu. Ia sepenuhnya dibina hasil sumbangan umat Islam semenjak Tahun 1414H yang lalu. Terletak di Kampung Pinang Merah Paka, Terengganu Darul Iman. Berpusat di Masjid Pinang Merah yang berusia melebihi 100 tahun yang akhirnya berkembang sebagai sebuah pengajian pondok tradisional, Maahad Tahfiz al-Quran dan Sekolah Rendah Islam ( SRI ). Kini Darul Bayan mempunyai 38 kakitangan dan 450 orang pelajar. Atas tuntutan semasa kami akan menubuhkan Sekolah Menengah Islam ( SMI Darul Bayan ) yang pengambilannya bermula sesi tahun 2010. Bagi memenuhi keperluan tersebut pihak Darul Bayan telah membeli dan melancarkan skim beli dan wakaf 4 lot tanah seluas 1 ekar bersebelahan tanah yang Darul Bayan milikki sekarang. Pulangan skim nanti untuk membayar harga tanah dan menampung sebahagian kos pembangunan SMIDB.

PEMBANGUNAN SMIDB.

Kompleks Pendidikan SMIDB akan mengandungi :-

* 1 Blok bangunan 4 tingkat ( 60ka x 135ka ). Mengandungi 27 Bilik Darjah, 3 Bilik Air serta Kantin.
* 1 Blok 2 Tingkat Pejabat Pentadbiran ( 30ka x 135ka ). Mengandungi Bilik Pengetua, Pejabat, Bilik Guru, Perpustakaan, Bilik Sumber, Makmal dan lain-lain.
* 2 Blok Asrama Puteri. Blok pertama- 2 Tingkat ( 40ka x 125ka ) dan blok kedua - 2 tingkat ( 40ka x 125ka ).

Ia bakal menampung 700 orang pelajar dan kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM 2.5 juta. Oleh itu pihak Darul Bayan amat berbesar hati menerima sebarang sumbangan dari anda sama ada wang ringgit atau peralatan material bagi menjayakan pembelian tanah dan pembinaan Komplek Pendidikan ini.